#THROWBACK
SELASA , 13 SEPTEMBER 2016
Time ni aku hiking bersama ex classmate aku form 4/5 #sportscience
AHAD , 20 NOVEMBER 2016
Time ni lak aku pi hiking bersama ex classmate aku form 3
#janganlahserius ,
hello,hi,Assalamualaikum geng geng warisan kita,
Time ni kali pertama aku berjinak jinak ceburi bidang hiker (acah lebih) dan dua kali berturut turut aku pi hiking #gunungdatuk ( tererkan ) dengan budak sekolah lama aku yang acah acah berjinak nak 'hiking' werkk . Bak kata orang pengalaman mendewasakan kita , tanpa pengalaman kita jadi noob hahahah . Ok ok aku taknak cerita pasal pengalaman ( Ada pun sikit la ea ) aku nak cite pasal apa itu #gunungdatuk
#gunung datuk terletak di rembau , boleh dikatakan berhampiran dengan tampin . Ketinggian #gunungdatuk lebih kurang 884 m iaitu persamaan 2900 kaki . #gunungdatuk lebih tinggi sedikit daripada gunung angsi yang terletak kira kira 22 km (kot la ,cer try search google) dari #gunungdatuk . Dalam senarai gunung/bukit tertinggi di Malaysia #gunungdatuk berada dalam 220 daripada 300 gunung/bukit di Malaysia. Ini bermakna walaupun ketinggiannya tak la sebegitu gah macam gunung-gunung lain , tapi mengikut senarai #gunungdatuk paling tertinggi di Negeri Sembilan .Pada permulaan perjalanan kita sudah melepasi 80 m paras laut , ini bermakna ketinggian sebenar pendakian lebih kurang 800 m .
Jarak pergi balik ikut trek lebih kurang 4,6 km (mana taknya jalan berpusing pusing je ) dan masa perjalanan lebih kurang 2 jam (ikut fit individu , kalau asyik asyik pancit harap perut besar je mungkin 3 jam), kalau balik mungkin sejam atau sejam lebih ( sama jugak bergantung fit individu ), Trek sepanjang perjalanan ok takde licin , lain la kalau hujan . Setiap perjalanan ada tanda cat merah yang menandakan kita ikut laluan betul , so jangan risau pasal guide , lain la kalau nyanyuk kang tak pasal pasal masuk alam afrika .
Dalam beberapa meter nak sampai ke puncak , kita akan naik tangga besi untuk melepasi batu-batu besar . Tangga tu ok je , yang tak ok kalau ada perangai beruk dok terkinja-kinja je. Ok lepas je halangan tu (simplekan) kita bole rehat batu-batu rata , part paling best layan pemandangan indah (bole nampak afamosa resort tau) dengan angin disepuk-sepuk bayu kerinduan , eh kesejukan (kalau tak panas la). Time ni la ada orang edit vsco la (dak dak hipster rabak), picsart la, vine la , raver la , apeape la . So kalau nak balik pun ikut trek sama dan sentiasa berhati hati yuhuuu✌✌
Dalam artikel ada sebut pasal kesan jejak tapak kaki hero malaya iaitu Hang Tuah kat atas puncak batu batu besar tu , Fuyoo
tapi tak jumpa pun! #kepalatimunbetui , jangan terkejut lak tiba tiba jumpa doremon