Translate

Sunday 3 December 2017

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan


AHAD ,  03 DISEMBER 2017



Assalamualaikum , hai , hello geng geng warisan kita ( bila la nak tukau ayat gini )


ok guys kali ni aku bukan dengan member poli aku tapi ni member sekolah aku dlu dak dak dol said , sape tau smk dato dol said tu haaa tu la sekolah paling legend era kami hohoho . kla takyah sembang banyak sangat moh sembang pasal bukit ni.





#BukitBatuPutih ni terlatak di Tanjung Tuan , Port Dickson tempat dimana ada rumah api Tanjung Tuan di situ .( bersebelahan je) . Macam kami dari Alor Gajah nak mai sini pun 35-45 min gitu la . Barangkali bawa laju nak mampuih . Dengar gak mulut netizen sebut pasal histeria la , misteri la . Memang la ada benda camtu dah korang pun balik time maghrib pastu tak hormat tempat tuan empunya memang akan ada punya situasi camtu . nak lak tempat hutan pastu tepi laut ada rezeki nampak duyung hehehe ( mengarut dah..)

Ok mula kami gerak petang dalam pukul 5 petang camtu sampai park kereta depan pintu masuk , pastu jalan la kaki ikut trek jalan tar lebih kurang 10 min camtu la nak sampai base sebelum naik #BukitBatuPutih  . nanti korang akan nampak rumah api pastu  jumpa jalan kiri kecik laluan dia ( sekarang tak tahu la da advance kot ) .

Dari base sampai ke puncak dari segi jalan trek ok je , lagi pun ni bukan taraf hikers sebab ni jungle trekking sebenarnya tapi bagus untuk latihan hikers tiap hari mana mau badan fit beb haha . Dari segi masa lak sebab kami pun jenis push lebih kurang 10-13 min camtu . Tak jauh pun sebab suasana lawa bole usha usha pantai , awek ... eh . Nanti korang akan jumpa jalan bukit batu untuk dipanjat dan disitulah puncak #BukitBatuPutih , btw ada 2 jalan satu naik panjat bukit batu tu satu lagi laluan ke bawah nak jalan tepi pantai layan suasana pantai.



ni area laluan bawah





Dua dua tempat best atas boleh layan suasana port dickson dengan angin di palu kaw kaw suasana pun cantik , kalau bawah lak jalan tepi pantai acah acah romatik huhu . Tapi tak galak sampai  maghrib semata mata nak layan sunset sebab nama pun hutan kan tak elok orang tua cakap .Better pagi la lepas subuh tu terus gerak layan sunrise pergh lawo.








Monday 20 November 2017

Gunung Suku

ISNIN , 20 NOVEMBER 2017



Assalamualaikum , hai , hello geng geng warisan kita






Oriat oriat oriat al kisah kali ni kami plan ( plan tempat lain sebenarnya #gunungbaling !! ) tempat boleh dikatakan agak lama la perjalanan semasa naik ke puncak untuk trip aku kali ni la . Ntah la pape yang plan gini hohoho then aku usha la mana mana blog sebab apa point kami ke sana ? sebab nak rasa mossy forest sebenarnya kehkehkeh ( #gunungirau pun ada la)  . Btw kami gerak dari Kepong ( aku mai dari melaka naik ktm tampin terus pi kepong sentral semata mata join aktiviti ni #pengorbananhobipendekar ) dalam pukul 12 a.m pastu kami berehat kejap kat RnR Tapah . Entah macam mana kami terlelap sampai pukul 6 a.m ( maybe penat karok kot sebelum gerak hahahahaha ) . Lepas kami solat subuh then kami pun start gerak dari RnR Tapah ( memang Perak jeke trip kita ni )




Ok dalam perjalanan ni meh aku cite sikit pasal #gunungsuku ni .Ketinggian #gunungsuku ni iaitu 5783 kaki / 1763 m dari paras laut (paling tinggi kami penat hiking dalam kategori group noob macam kami ni hahahahah ) . #gunungsuku terletak di Simpang Pulai,Perak. Berdasarkan "data peak" (acah la mat) . #gunungsuku antara 4 tertinggi di Perak dan 42 gunung tertinggi di Malaysia ( nampak sangat kami ni setakat hiking bukit rupanya hahah ) . Antara puncak puncak terdekat sekitar #gunungsuku ni iaitu #gunungsemerengoi ,#gunungirau , #bukitchepian , #pasgunung , #bukitseniok , dan #gunungruil (yang ni aku google je ea , kalo salah uolls terajang yang bagi fakta ni hahahah) . #gunungsuku juga terletak berdekatan dengan Cameron Highland .



Kami sampai tapak permulaan kira dalam pukul 8.00 a.m . Hari isnin kan nmemang la takde sape nak hiking , so hanya kami je yang mengharungi hutan belantaran dengan bunyi beruk berwok wok ( da start da mamat ni ) . So kami pun mula dari tapak dalam pukul 8.15 a.m .




Keadaan jalan permulaan amat jelas kita akan lalu semak samun , tapi ada dua jalan ,.Tapi kita akan ikut lalu belah kanan (maybe nampak jalan naik tu la kami decide ke situ )  . Dalam lima minit perjalanan kami , jalan pun semakin naik memang memuncak perjalanan , takde yang mendatar . Udara sekitar pun semakin sejuk ( well dekat dekat dengan cameron highland kan )








Hampir 2 jam juga la kami hiking sampailah jumpa puncak pertama , nampak la sikit sikit tanda mossy forest. Kami pun rehat dalam 10 minit . Then kami pun teruskan perjalanan . Nampak la permandangan sekitar gunung ni yang berliku liku disepuk sepuk angin bayu aku ( angin kentut wangi ) .



Tak lama lepas tu kami pun masuk alam mossy forest ala ala cite hutan Narnia , Hobbit tu . Dengan cuaca yang sejuk bole la bayang bayang macam kat Hutan Amazon ( tu Brazil hawau ) . Permandangan pun nice memang tip top dapat gak merasa suasana mossy forest walaupun tak dapat pergi #gunungirau .

Hingga la kami dapat jumpa puncak kedua . Kami pikir maybe ni puncaknya tapi barangkali ada je macam papan tanda ot etc . Tapi kami pun syak teruskan perjalanan dengan keadaan pasrah hahahah




lepastu kami pun tempuh mossy forest tebal ( takde la tebal sangat ) dengan halangan kayu , dahan . Dalam lama lepas tu kami pun sampai ke puncak . Syukur Alhamdullilah tak sesat ke Thailand ( alang alang vacay massage skli la ) . So kami tiba peak dalam pukul 11.11




Da rehat dan snap gambar bagai kira kira dalam 10 minit   ( gambar bukan lawa pun snap hahahhaahah) kami pun balik itu jalan tadi . So purata perjalanan mengambil masa 7 jam juga la ( naik puncak 4 jam , turun puncak 3 jam ) hingga kami tiba base dengan selamat yey .





Saturday 28 October 2017

Gunung Pulut

SABTU , 28 OCTOBER 2017



Assalamualaikum , hai , hello geng geng warisan kita ( budi bahasa budaya kita ...)



Ok , kali ni trip last aku duduk kat Shah Alam , lepas ni dari Melaka jela  (maklum la baru abis last sem kan ) dengan partner hiking aku yang sememangnya sentiasa menemani aku ( acah la) 😂 . Kali ni trip aku ke #gunungpulut . Bukan pulut panggang , pulut nasi , or etc . Tapi ini pulut banyak view yang cantik .Macam ada orang pernah cakap terkenal bentuk gerorafi ala kat China la , pastu berada macam kerajaan langit la sebab karpet awan yang tebal tak nampak permukaan . Kalah beb 😂#bukitberekeh macam aku cerita sebelum ni . Tapi serius la kalau nak rasa lain dari yang lain , better pergi #gunungpulut ni . Memang takkan menyesal la . fuh😍

*gambar ni time kami berada atas puncak

pemandangan sekitar #gunungpulut





Ok meh aku cerita mengenai #gunungpulut ni , Bukit Pulut atau turut dikenali sebagai #gunungpulut berketinggian 651 Meter yang terletak di Daerah Grik, Perak . Turut mempunyai keistimewaan yang tersendiri walaupun ketinggian gunung ini agak rendah lebih kurang dengan ketinggian bukit tapi pendakian hampa disini akan selalu disajikan dengan pemandangan indah ketika matahari terbit dan hamparan lautan awan karpet di disekeliling gunung. Memang tidak dinafikan ada sedikit pertikaian mengenai kewujudan nama Gunung ini kerana tidak ada di dalam Topo tidak seperti Gunung Papulut yang terletak bersebelahan yang pasti pendakian sob ke bukit ini lebih daripada 5 kali memang tak pernah membosankan.


 
Al kisah trip aku pulak , kami bergerak dari Kepong ( rumah member aka partner setia hiking) ke #gunungpulut dalam pukul 10 p.m pastu sampai tempat situ pukul 3.45 a.m ( termasuk lepak kat R&R Tapah dalam sejam camtu ) . Setelah kami tiba ramai juga yang ikut trip kami hampir 8 buah kereta gak la . Maybe dorang satu team hikers kot . Setelah prepare semua barang kelengkapan , baju , kami pun baca doa sebelum gerak . ( kami baca team kami je , last last satu kampung angkat tangan , cayalahh) . Dalam pukul 4 tepat kami pun gerak dari base menuju ke peak #gunungpulut .


Mula perjalanan kita akan tempuhi lumpur ( maybe lepas hujan kot ) . Sebenarnya banyak jalan , aku tak tahu explain camne better ikut belakang orang jela sebab kami pun ikut belakang orang gak . Bagus guide tu , dia buang kertas kecil kecil sebagai tanda jalan yang betul . Nanti kita akan masuk lalu halangan elektrik , nanti kita bole nampak signboard situ (hati hati nanti jadi manusia rangup kang ) . Lepas tu da start jalan penuhi lumpur yang tebal . Hati hati takut pacat melekat kat kaki hisap darah manis korang . Tak lama dalam sejam camtu , mula la jalan semakin menaik dengan lumpurnya lagi . Tapi jangan risau , laluan jalan jelas . 




Sepanjang perjalanan tak la cabaran sangat hingga la kita akan jumpa tebing . Tebing tu nanti kita akan panjat ( jangan gatal nak pegang phone nak rakam bagai sebab sebelah tebing tu gaung ) tapi jangan risau situ ada tali nak support time kita nak panjat nanti . Kat situ ada 3 kali kita perlu panjat . Tapi part paling susah pun masa mula mula je lepas tu da senang sebab tebing tu tarah jadi macam tangga 

*gambar ni diambil time balik

ni la tebing yang perlu naik





lepas tempuh semua halangan tadi , kami pun sampai peak of #gunungpulut yang tak seberapa pulut ni. Kami sampai tepat dalam pukul 5.30 sambil dengar azan berkumandang . kami pun amik kesempatan solat sekali walaupun guna air embun dengan air mineral . Kami pun tunggu matahari terbit sambil rakam 'time-lapse' hingga muncul terbitnya matahari .  Suhu memang sejuk dengan pokoknya macam kat hutan euro gitu seolah olah kat hutan eropah.





Apabila matahari terbit kami dapat menyaksikan panorama karpet awan sekeliling kami seolah olah negara atas langit . Memang cantik ciptaan Allah S.W.T ( done dakwah ) dengan gunung ganang sekeliling #gunungpulut ni . Apa lagi memang bergambar la habis habisan hahahahah .














romantik tak ?



Balik pun ikut jalan tadi , naik tebing tadi mencabar , apantah lagi time turun , apapun safety tu penting . Jangan gelojoh or panik time turun . Durasi perjalanan kami 1.5 jam je .




Layan vlog kami