Translate

Friday 13 January 2017

Gunung Datuk


#THROWBACK

SELASA , 13 SEPTEMBER 2016



Time ni aku hiking bersama ex classmate aku form 4/5 #sportscience

AHAD , 20 NOVEMBER 2016



Time ni lak aku pi hiking bersama ex classmate aku form 3

#janganlahserius  ,

hello,hi,Assalamualaikum geng geng warisan kita,

Time ni kali pertama aku berjinak jinak ceburi bidang hiker (acah lebih) dan dua kali berturut turut aku pi hiking #gunungdatuk ( tererkan ) dengan budak sekolah lama aku  yang acah acah berjinak nak 'hiking' werkk  . Bak kata orang pengalaman mendewasakan kita , tanpa pengalaman kita jadi noob hahahah . Ok ok aku taknak cerita pasal pengalaman ( Ada pun sikit la ea ) aku nak cite pasal apa itu #gunungdatuk

#gunung datuk terletak di rembau , boleh dikatakan berhampiran dengan tampin . Ketinggian #gunungdatuk lebih kurang 884 m iaitu persamaan 2900 kaki . #gunungdatuk lebih tinggi sedikit daripada gunung angsi yang terletak kira kira  22 km (kot la ,cer try search google) dari #gunungdatuk . Dalam senarai gunung/bukit tertinggi di Malaysia #gunungdatuk berada dalam 220 daripada 300 gunung/bukit di Malaysia. Ini bermakna walaupun ketinggiannya tak la sebegitu gah macam gunung-gunung lain , tapi mengikut senarai #gunungdatuk paling tertinggi di Negeri Sembilan .Pada permulaan perjalanan kita sudah melepasi 80 m paras laut , ini bermakna ketinggian sebenar pendakian lebih kurang 800 m . 









Jarak pergi balik ikut trek lebih kurang 4,6 km (mana taknya jalan berpusing pusing je ) dan masa perjalanan lebih kurang 2 jam (ikut fit individu , kalau asyik asyik pancit harap perut besar je mungkin 3 jam), kalau balik mungkin sejam atau sejam lebih ( sama jugak bergantung fit individu ), Trek sepanjang perjalanan ok takde licin , lain la kalau hujan . Setiap perjalanan ada tanda cat merah yang menandakan kita ikut laluan betul , so jangan risau pasal guide , lain la kalau nyanyuk kang tak pasal pasal masuk alam afrika .








Dalam beberapa meter nak sampai ke puncak , kita akan naik tangga besi  untuk melepasi batu-batu besar . Tangga tu ok je , yang tak ok kalau ada perangai beruk dok terkinja-kinja je. Ok lepas je halangan tu (simplekan) kita bole rehat batu-batu rata  , part paling best layan pemandangan indah (bole nampak afamosa resort tau) dengan angin disepuk-sepuk bayu kerinduan , eh kesejukan (kalau tak panas la). Time ni la ada orang edit vsco la (dak dak hipster rabak), picsart la, vine la , raver la , apeape la . So kalau nak balik pun ikut trek sama dan sentiasa berhati hati yuhuuu✌✌







Dalam artikel ada sebut pasal kesan jejak tapak kaki hero malaya iaitu Hang Tuah kat atas puncak batu batu besar tu , Fuyoo

 tapi tak jumpa pun! #kepalatimunbetui , jangan terkejut lak tiba tiba jumpa doremon






Wednesday 11 January 2017


Sekarang kalau nak meminang pun mengalahkan kereta ferarri , so ini jalan penyelesaiannya ecehh

Saturday 7 January 2017

Bukit Tabur


SABTU , 7 JANUARI 2017

Aku plan pi Bukit Tabur ni hajat nak hiking (aduh takkan la shopping pulak)  kononnya ada view tasiknya yang cantik , bentuk muka bumi yang bergunung ganang ( acah geografi lak ) ala ala kat china tu (kononya la) pastu nampak permandangan kuala lumpur dari atas , Bukit Tabur ni ada 5 bukit / puncak yang kene harungi . Setiap puncak ada cabarannya , setiap cabaran ada kepayahannya ecehhh


Ok ok , once upon time ke acaner ni ? hahaha , Ok ok gurau je . Aku bawa sorang member aku ni . Nama dia Nadeem (yang pakai cap tu) . Dia cakap pernah mai Bukit Tabur ni . Tapi tak sampai habis la hikingnya sebab ada pegawai perhutanan tak bagi masuk melainkan ada safety guide tapi da lama la tahun lepas punya cite (tapi sekarang sama je) . So aku pun nak test jugak macam mana rasa hiking Bukit Tabur ni . Pastu aku ajak la sorang lagi member aku Anep (acah bisep besau) ni  join . So kami tolak dari shah alam ke ulu klang amik masa jugak la (bukan tau pun jalan KL ) then tiba la kami pintu masuk(sory lupe nak snap , korang google jela) .Pernah dengar cite Bukit Tabur pernah tutup sebab ada kes orang jatuh la apa la tpi tak thu la tengok ramai je masuk . Mana mau tak jumpe parking kereta bai . Time nak naik tu pergh dia punya daki lagi piau bai dari aku daki gunung datuk sebelum ni . Pastu berapa ntah checkpoint dia tapi ada perasan la berbelas-belas camtu . Daki punya daki sampai la check point 1 . Hurm tak nampak apa pun nampak view pokok je #kepalatimunbetui .



 Lepas check point 1 kami da bole la nampak permandangan KL yg megah lagi menawan lagi tertawan kau memang debom .Pikir KL bandar metropolitan bangunan padat mampat bersiku lipat (memain lak ) tpi dari atas seciput je bandar KL hahaha . Memang la nampak kecik kalau dari atas ( kau ni pun mol ) .




Pastu kami pun daki lagi ,lepas bape checkpoint tu view yang dinanti-nantikan yang orang selalu post acah acah smart dengan bantuan vsco or picsart or whatever yerrr.




Gambar aku tunduk tu menunjukan aku seorang humble (acah lebih ). Ok , lepas tangkap gambar  apa bagai . Kami pun bergerak next check point ( padahal main redah check point bape ntah ) . Kami pun sampai tempat yang curam gile bakhang dengan panjat turun naik , pastu panjat lagi, turun balik , pastu three , pastu macam wall climbing pun ada. Pompuan bole panjat terlompat sini sana takkan laki tak leh , choi kau nyah.


Mencabar la jugak . Ni yang betul betul advanture bai #kepalatimunbetui . Tu baru sikit belum time bergayut nanti . Abis jugak la kami 5 bukit kami harungi demi cinta pada negara ( lelebih lak ) . Sampai nak hujung hujung tu jmpe la laluan acah acah macam tempat mak saleh


Sepatutnya ada jalan keluar tembus ikut jalan lain . Tapi ada jalan tak bagi masuk . Tak tahu kenapa .So kami pun patah balik dengan airnya takde kongsi-kongsi punya pasal (member tarak hal ) . Bak kata orang pergi rasa lama , balik rasa sekejap . So kami pun sampai tempat permulaan dengan selamat. Bole dikatakan purata masa pergi balik dalam 5 jam .Yeah babe yeah


Tips panjat :
- Jangan gelabah tapi rileks.
-sentiasa focus masa nak panjat puncak sbb anytime apa apa bole terjadi.
-pergi awal pagi dalam pukul 6.30 gitu baru sedap .
-pergi time ramai orang sebab tu bole guide kita .

Layan luh video Adventure hambar