Translate

Saturday 8 April 2017

Broga Hill

SABTU , 8 APRIL 2017


Assalamualaikum , hai , hello geng geng warisan kita ,

Ok macam biasa la john makin menjadi-jadi nak hiking tak sampai ingat dunia ( bapak ayat acah😑 ) . Kali ni aku dengan partner hikers aku nak usha la tempat femes yang ramai nau orang poie iaitu #brogahill . Dalam seumur hidup aku tak pernah pun mai #brogahill walaupun bukit ni da lama femes (bapak noob lagi) . Da ramai pun yang gi #brogahill ni kan , so cite ala kadar jela ek (pemalas!).Macam biasa la dimulakan fakta ( copy je pun ) disudahi ? Alhamdullilah , da abis kan cite so Alhamdullilah ler ( tak tak , disudahi dengan pengalaman aku ler ).

#brogahill terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih , Selangor Darul Ehsan sejauh  kilometer menghala ke Broga . Ketinggiannya ialah 400 meter (ciput je) dari paras laut . #brogahill kini menjadi tumpuan orang ramai terutamaya di hari minggu ( macam aku pergi sekarang ni macam pasar ) dan cuti umum sebagai tempat reaksi . Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti hiking king king ing ng g ... 😑

#bukitbroga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam . Ia juga merupakan awal pendakian unuk mendaki #gunungtokwan .

Ok la nak.... Jemah (aku aka James Bonet) cite pasal hiker elite Jemah k uhuk uhuk uhuk😜  ( gentle acah gile 😑) 
Tapak permulaan

Ada maju ini tempat

Gerai sebelum pintu masuk #brogahill
pintu masuk

pintu keluar

Lepas tu kita akan tempuh jalan yang berliku ibarat hati awak berliku liku . Eh


Jalan pun makin naik , aku pun makin terkecet


fuh cantik view



Mungkin sebab utama ramai suka datang sini view yang cantik , serius tenang fikiran tengok sekeliling , mungkin ciptaan Allah S.W.T itu indah , Subhana Allah (hah kan da tazkirah )









Then , macam macam la cabaran kami tempuh ( kacang like peanut la ) hingga la sampai ke puncak #brogahill

yeay

sweet kan auch !

So durasi perjalanan pergi dalam 45 minit , balik boleh la dalam 25-30 cegitu . Btw pergi time hari berkerja , kalau weekend macam pasar kat puncak 😂

Layan luh video Advanture hambar