Translate

Sunday 14 January 2018

Bukit Beruang (Bear Hill)

AHAD  , 14 JANUARI 2018



Memandangkan tahun baru ni aku cakap " Assalamualaikum Geng " jela en en

 


Ok kali ni aku nak habak trip aku dengan geng sekolah aku gak aka satu kelas dulu " Sport Science " nama je gempak tapi bila masuk diploma lari bidang sorang engineering , sorang  perniagaan , sorang pentadbiran , tapi tu kami walau dah habis sekolah still perangai sama .(makin mengarut da..)

okok trip kami ke #BukitBeruang , bukan area bukit beruang yang kat signboard tu bukan ea ni bukit sebenar dia .Nak ke bukit tu dekat je area bukit beruang tak silap aku nanti kita akan masuk taman perumahan dan perumahan tu ramai majoriti kaum cina (lupa lak jalan mana , buka map pandai pandai la keluar sendiri haha ) .



Bila kami sampai tempat situ ada trek kecik tapi mencanak gak .




 Trek dia easy , ada jugak orang cakap jalan lain lalu jalan besar tapi kami jumpa yang trek kecik tu je , nanti kita akan jumpa first point . Haa first point ni view dia nampak satu melaka dari sudut hujung hujung tu ke hujung ni ( acane tu ek ?) means nampak  bandar melaka tu.

 

Pastu kami naik atas lagi ada tali besar untuk menampung semasa kita hike .


Tak lama lepas tu kira 5 min dah jumpa puncak , takde la secantik gunung sebelum ni tapi point sebenar #BukitBeruang ni nampak view bandar melaka je . Tempoh mendaki tak sampai 15 min pun. Ez ( ayat easy untuk player mobile legend haha )