Assalamualaikum,hello,hai geng geng warisan kita ,
Kali ni aku dengan member aku plan pi hiking kat #bukitkutu sebab maybe ciri ciri banyak kutu kot 😂😂😂 , ok ok aku nak share pasal #bukitkutu ni dulu baru ceritarin pengalaman pasal gue ya dong 😂.
#bukitkutu atau dulu dikenali sebagai treacher's hill ( tempat orng putih la kononnya ) memang banyak kesan kesan peninggalan sejarah time era pemerintahan British dahulu ( ntah ntah ada harry potter sekali ) . Kedudukan #bukitkutu ini terletak di Kuala Kubu Bharu , Hulu Selangor (dekat dekat la dengan sungai Chilling tapi depan sikit ) . #bukitkutu ini mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di paras 3576 ft / 1090 m dari paras laut . Ada juga kesan peninggalan monumen daripada sebuah banglo lama (lupa lak nak gi usha tengok) dengan bekas cerobong asap serta 2 buah perigi lama (mungkin sebab sini sejuk tula dia buat rumah). #bukitkutu ini sama tempat dengan tempat lagi satu (bole la terkenal gak) iaitu Lata Medang, boleh tahan la airnya jernih ,permandangan yang cantik patut la semua suka camp kat sini , cuma Lata Medang jalannya berlainan dengan #bukitkutu .
Ok meh dengau pengalaman aku lak (acah je) . Kami menuju ke Kampung Pertak ( lepas jumpa empangan besar ) , yang mana tak tahu ke Kampung Pertak , bole la baca entri Meneroka Air Terjun Lata Medang Kuala Kubu Bharu .Penduduknya majoriti orang asli (orang kita) dan time nak masuk kena la bayar RM1 je . Starting nak masuk tu kita akan jumpa jambatan tergantung
Lepas jumpa jambatan tu , kita akan jumpa jambatan runtuh dengan jalan terpisah di simpang Y , dimana trek ke kiri ke Lata Medang dan trek kanan ke #bukitkutu
Lepas tu , kita akan redah sungai , depend la nak pakai kasut bole , buka kasut bole , lepas tu kita akan jumpa jalan terpisah , senang cite ikut je jalan kanan .
Sejak tu , da mula la jalan semakin menaik , pergh da start berkelecak satu badan . Tapi setiap jalan kita kena tempuh dahan pokok yang da tumbang , mungkin sebab sebelum ni ada angin ribut kot , tapi ada je jalan yg baru (ada ikatan merah) ,
Berkelecak satu badan
Ni first batu jumpa 😂
Acah candid
were @ Batu Tedung
Habis semua rintangan hampir 3 jam la juga ( kami non stop punya , pecut saja dong) jumpa la yang cerobong asap
"Respect"
Apa la yang kau cuba buat
Negaraku
Balik pun ikut trek sama tapi hati hati time hujan sebab jalan licin dan cerun . Anggaran masa mendaki boleh la dikatakan 3 jam setengah ( ni pun kalau rehat sekejap la ) turun mungkin 2 jam ( depend fit seseorang , kalau asyik rehat ternakan lemak je mungkin 4 jam 😂😂😂 )
Layan luh video Adventure hambar
https://www.instagram.com/p/BQZ9g9Yjq63koYSLll-n7PkUQDFgJW4ZpUaVUk0/
No comments:
Post a Comment