Translate

Sunday 8 October 2017

Bukit Berekeh

SABTU , 8 OKTOBER 2017




Assalamualaikum , hai , hello geng geng warisan kita ( fuh padu beb )

Yeah

Fuh da nak dekat 6 bulan tak hiking beb , hah kali ni baru lepas gian . Maklum la , da last sem ni sibuk dengan fyp bagai nak settle kan tu la , ni la (acah buzy padahal pemalas ) . So aku amik kesempatan ini dengan peluang emas ini dengan belian ini ( da start mengarut πŸ˜‘ ) aku pun plan ajak team partner hikers aku gi hiking #bukitberekeh ni . Sebab apa aku decide tempat ni ? eh suka hati la πŸ’© ( hahahahahah memain ) , sebab view dia cantik macam #bukitbroga gak . Tapi tempat lagi boek boleh nampak karpet awan sekitar puncak #bukitberekeh ni . Tu pun kena gerak dalam awal pagi subuh gitu . Tau tak macam kami gerak pukul 8.30 a.m dengan panas bahang macam kena panggang lamb chop πŸ„ pastu tak sempat rasa view karpet awan sekitar puncak  #bukitberekeh tu ( cite sedih ni ) .

Muka kene maintain ea braderπŸ˜‚

Macam biasa la  geng , cite pasal al fakta dulu baru la cite kisah perjalanan aku (lain macam brader ni) . #bukitberekeh atau turut dikenali juga sebagai Bukit Botak, berketinggian 1940 ft ( 454 mtr ) terdapat 5 buah puncak bukit serta memiliki Beirut di puncak tertinggi, terletak di Kampung Bawong Lasah, Sungai Siput, Perak antara lokasi yang kurang menjadi tumpuan para pendaki untuk datang kesini tapi menawarkan pemandangan yang terbaik dari puncak bukit seolah-olah seperti berada di kawasan Savana yang dikelilingi oleh rumput-rumput keperangan tumbuh melatar di sekitar puncak memang menawarkan satu panorama yang cukup indah. πŸ‘


Jemah dah ready

Ok meh aku share sikit pasal trip aku kali ni , punggung pun berat nak gi ( da lama kan tak gi ) . Kami gerak πŸš—πŸ’¨ dari Shah Alam dalam pukul 2 a.m ( janji melayu pukul 2.30 start gerak sebenarnya ) . Sampai kat car park / base #bukitberekeh  dalam pukul 7.45 a.m gak la ( termasuk berhenti kat R&R Tapah , solat subuh ) . Starting point kami gerak ke bukit ( tak tahu jalan sebenarnya , asalkan jumpa tapak kaki , tu la dia ) dengan penuh confident last last tersesat salah jalan . Hampir sejam gak la kami sesat ada 3 cabang jalan kami jumpa (keluar masuk keluar masuk haih) . Tapi rupanya kami terlepas pandang rupanya ada jalan sebelum 3 cabang jalan tu . Jalan tu ada timbunan balak lama pastu banyak! tapak kaki . Asal la kami tak perasan ( mungkin aku kencing merata rata kot hahahahah) . Habis masa kat situ pukul 8.30 a.m , mula mula kita akan tempuhi jalan sawit pastu keluar jumpa lereng bukit yang da kena tarah .

kat Base

Relax luh kat base


Lepas tu , da mula la jalan semakin menaik , dengan jalan batu nya . Tapi sepanjang kami jalan , kami terdedah cahaya matahari pacak kat atas kepala πŸ˜₯ . Baru pukul 9 a.m da panas gile sebab permukaan bukit dengan takdenya pokok ( ada je cuma ciput je tapi stay kena cahaya matahari ) . 

Permandangan semasa kami mendaki




Acah brader ni
Cover macho luhπŸ˜‚



Kita akan harungi satu per satu halangan bukit πŸ—» . Jalan pun ok takde masalah tu cuma banyak batu je . Pastu takde pokok nak tempat berteduh . Sebab tu la kena panjat awal pagi subuh supaya tidak akan jadi sedemikian rupa ( fuh bm mesti A ni  ) . Harungi punya  harungi akhir nya sampai juga puncak #bukitberekeh . View tetap cantik walaupun satu habuk pun takde karpet awan ( lagi sedih dari cite korea ) . Sampai dalam 11.15 a.m jugak la . So total sebenarnya 2 jam pun bole sampai kalau jenis on the spot direct nafas enjin .


Member belakang pasrah πŸ˜‚



Sikit lagi nak ke puncak belakang tu


Akhirnya sampai jugak kami kat puncak yeay πŸ˜‚ walaupun panas terik nak terbakau kek muko ni den ni hah ( dialek nogori terus )


Mission complete πŸ™Œ

brader tu pahal macam sotong lak






 Habis tangkap gambar semua . Balik ikut jalan tadi dan kembali ke base . Tapi sunburn habis ( geng murjubur ) .

Meh layan movie cek abang ni dulu






No comments:

Post a Comment